Wow! Umur Baru Tak Sampai 30 Tahun Dah Pakai Kereta Mewah Yang Merecik Habis!!!

Posted on

Anak muda mana yang tidak punya impian untuk memiliki kereta yang selesa, menarik apatah lagi jika berada dalam kelas kereta mewah. Namun apakan kemampuan, dengan gaji yang sederhana, maka kebanyakan keinginan itu di tangguhkan kemudian. Bagi sesiapa yang bernama Safiey Ilias, dia sudah mengecapi banyak kejayaan demi kejayaan dalam dunia bisnes hingga membuatkan dia mampu membeli banyak koleksi kereta mewah.

Safiey Ilias di katakan sudah hijrah dan semakin berusaha untuk dekatkan diri dengan Tuhan. Setelah pulang dari umrah tempoh hari, rezekinya juga di katakan makin bertambah-tambah.

Beliau menjadi antara usahawan muda di Malaysia yang mempunyai banyak asset berupa hartanah dan memiliki deretan kereta mewah yang buat ramai orang cair.

 

Namun kereta mewah terbarunya sangat mengagumkan dan netizen rata-rata memuji kecantikan kereta tersebut. Terkini, Safiey Ilias telah berjaya memiliki sebuah BMW i8 yang bernilai jutaan ringgit.

Kereta ini di panggil oleh beliau dengan kereta berkepak kerana kedua-dua pintunya di buka ke atas.

Safiey Ilias menyatakan dia juga mahu ramai anak muda sukses sepertinya. Semoga lebih ramai anak muda akan sukses dalam bidang perniagaan. Tidak salah untuk pakai kereta selesa, asalkan kita berusaha dengan cara yang betul dan sentiasa ingat pada-Nya.

Sumber : KisahDunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *