Wow ! Inilah Cerita Sebenar yang Buat Ramai Netizen Nak Tahun Cuma Boleh Kritik Gadis Cantik ini Kerana Memandu Traktor.

Posted on

Terkini video wanita cantik ini ini jadi VIRAL kerana memandu traktor. Bukan hanya jadi VIRAL tapi ada setengah ramai netizen yang mengecam. wanita cantik ini merupakan salah seorang kakitangan………

terkini VIRAL Video wanita cantik Ini. Inilah kisah SEBENAR Yang Buat Ramai Netizen NAK TAHU !!! |  Lumrah wanita cantik, setiap apa yang dikerjakan mahu tidak mahu akan jadi perhatian masyarakat, lebih-lebih lagi apabila ia tular di laman sosial facebook.

Inilah yang berlaku kepada pembantu tadbir komunikasi korporat di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) yang berniat untuk berkongsi kebolehannya mengendalikan jentera berat di sebuah sawah, tetapi niatnya disalah anggap dan akhirnya dikecam hebat oleh netizen.

Nurul Syifa Mat Dzahid, 22, berkata rakaman yang dimuat naik itu hanyalah satu sesi latihan yang lazimnya akan dilakukan oleh kakitangan Mada apabila membuat lawatan tapak.

Namun, siapa sangka netizen tidak berminat untuk melihat skillnya itu, sebaliknya lebih tertumpu kepada warna kasutnya yang putih kerana tidak tercalit sebarang kotoran walaupun berada di kawasan sawah yang dipenuhi lumpur.

Kata Nurul Syifa, dia tidak menyangka rakaman yang dimuat naik berkenaan akan mengundang rasa tidak puas hati netizen apabila ada pihak yang berkongsi rakaman tersebut di laman sosial facebook mereka.

“Kasut saya bukannya tidak kotor, masa rakaman tu dibuat, saya naik dari tebing. Sebab itu nampak bersih.
“Tapi kemudian barulah kotor ketika saya hendak turun dari jentera tersebut. Tidak terfikir pula orang akan kecam pasal kasut,” ujarnya sambil berseloroh.

Setakat ini, rakaman tersebut sudah mencecah 333,000 tontonan, selain 1,629 perkongsian dan 12,000 likes. Tambah perempuan cantik kelahiran Jitra, Kedah itu lagi, dia agak terkilan apabila ada pihak yang menyifatkan wanita cantik gemar melakukan perkara ‘bodoh’ semata-mata ingin tular di media sosial facebook.

Soal pakaian yang dikenakannya dianggap tidak sesuai ketika membuat latihan tersebut, Nurul Syifa mengakui kesilapannya, menyatakan sudah lumrah golongan wanita suka ‘bersiap-siap’ ketika ingin keluar rumah atau bekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *