Plan Roadtrip Tapi Tak Jadi? Ini 6 Sebab Kenapa Trip Asyik Cancel Banyak Kali. No 5 Tu Paling Benci!

Posted on

Jiwa rider mesti faham kalau kami kata korang suka plan ride ramai-ramai pergi makan ikan patin masak tempoyak yang famous kat Pahang atau mandi air terjun cantik kat Ulu Yam. Pergi ramai-ramai baru best dan meriah, sorang set masa, sorang arrage tempat dan lain-lain. Feeling beb 10 biji motosikal tersusun atas highway. Tapi bila tiba hari kejadian, mesti dari 10 orang, hanya 4-5 orang yang muncul. Sebab apa?

Haa, ni mesti member-member korang buat perangai kan? Kita pantang betul kalau dah settingplan baik punya, tiba-tiba ada perkara jadi sampai hilang mood korang tu… Nak tau apa lagi perkara yang menyebabkan korang menyampah bila plan roadtrip tapi tak jadi? Jom kita baca…

1. Kawan cancel last minit. Ni dah biasa!

Bila dah dekat tarikh trip korang, mula lah ada member yang WhatsApp nak cancel last minit dengan macam-macam alasan. Alasan tak munasabah pun ada, contohnya kucing mati, nenek kahwin dan macam-macam lagi. Patutnya bagi tahu lah awal kalau ada perkara yang korang boleh expect will happen kan?

Dibuatnya kawan korang dah plan nak bawak makanan macam-macam, tak ke membazir sebab takde siapa makan? Tak baik tau buat kawan-kawan macam tu…

2. Bajet lari sebab kena bayar itu ini… Hmmm

Haa, biasanya kita memang ada duit simpanan tiap bulan kan? Duit tu lah kita nak guna untuk macam-macam. Tapi kadangkala ada perkara tak diduga berlaku contohnya atap rumah bocor, mesin basuh rosak, sinki pecah, anak sakit dan banyak lagi. Terus bajet nak pergi roadtrip lari kena bayar itu ini.. Tak boleh argue on that lah kan?

So, demi keselamatan cuba korang menyimpan dalam saluran berbeza. Bahagi untuk keperluan masing-masing, jadi bila nak guna takde lah kacau simpanan lain. Bijak kan?

3. Tarikh berubah-ubah, last-last tak jadi!

Si A kata pergi 12 haribulan, si B pulak kata pergi 13 haribulan. Eh, yang mana satu ni? Berubah-ubah tarikh padahal dulu plan rasanya pergi pada 11 haribulan? Ni mesti sebab ada member korang yang perangai kejap nak pergi kejap taknak pergi. Taktahu lah apa masalah dia! Padahal member yang lain dah apply cuti awal ni… Masalah betul!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *