Negara Termalas di Dunia : Tidak Bekerja pun Warganya Tetap Boleh Dapat Rumah Percuma, Makanan Enak, Kereta Mewah, Malah Wang Saku dari Kerajaan!

Posted on

Bila masa berkahwin tiba, setiap laki-laki boleh punya 4 (empat) isteri.Dan Negara menyediakan untuk masing masing dari setiap Isteri Pembantu rumah dan Pemandu. Negara yang menggaji Pembantu dan Pemandu. Bila perempuan Qatar melahirkan boleh memilih rumah sakit mana sahaja di dalam atau luar negeri dan Negara yang bayar.

Negara Qatar ini punya tentera tetapi juga menyewa USA Naval dan Army. Untuk menjadi Askar menjaga Keselamatan Negara. Negara Qatar juga punya Polisi tetapi juga membayar Polis dari Pakistan untuk menjaga dan mengatur lalu lintas. Meski demikian jabatan Jeneral, Komander, Inspektor atau Pimpinan kesatuan harus tetap Warga Negara Qatar.

Di Qatar, polisinya banyak menganggur dan penjaranya nyaris kosong kerana kadar jenayah yang sangat rendah. Di Doha ibukotanya, merupakan New York-nya Timur tengah. Banyak gedung2 pencakar langit dan pusat perniagaan di kawasan Teluk.

Stadionnya ada di mana2 sekelas Old Trafford. Tak heran Qatar dilantik sebagai Tempat penyelenggaraan Piala Dunia (World cup) tahun 2022. Jangan lupa Qatar sponsor utama FC Barcelona. Qatar juga penganjur perlumbaan motoGP dan sedang menawarkan 2 litar kelas dunianya untuk penganjur event F1.

Di Qatar, tidak ada Pajak untuk rakyatnya. Apakah ada Bank …? Ada akan tetapi tidak ada Bunga. Kadang-kadang bila hari Raja berulang tahun, kesemua hutang Rakyatnya kepada Bank dihapuskan oleh Raja.Tak hairan jika penduduk tempatan nya, atau biasa disebut 「Qatari」 mempunyai kekayaan yang sangat-sangat besar. Seakan wang tidak ada harganya bagi mereka, kereta mewah jenis apapun boleh kita temui di sini dan tidak menjadi hal yang aneh ketika kita melihatnya di jalan.

Ditambah lagi dengan kerajaan yang melaksanakan dasar berkesan dan tahap korupsi yang sangat rendah, membuat Qatar menjadi salah satu negara yang paling ideal di muka bumi. Tetapi apakah harta tanpa batas yang dimiliki warga Qatar mencipta kebahagiaan di negara Timur Tengah ini? Perubahan yang terlalu cepat di lingkungan masyarakat, membuat lalu lintas di Qatar menjadi padat dengan begitu cepat, jam kerja pun semakin panjang sehingga menimbulkan stres dan ketidaksabaran masyarakat Qatar.Media tempatan juga melaporkan bahawa 40% dari pernikahan di Qatar berakhir dengan perceraian. Lebih daripada dua pertiga warga negaranya, dewasa maupun anak-anak, mengalami kelebihan berat badan. Ya setiap negara ada kekurangan kelebihan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *