Kerana Tudung Ini, Mia Sara Kena Tarbiyah Dari ‘Haters’

Posted on

 

Festival Filem Malaysia (FFM29) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sabtu yang lalu cukup meriah. Malam meraikan semua penggiat filem dan karyawan dihoskan oleh Zizan Razak.

Selain daripada kontroversi gara-gara lawak Zizan yang dianggap melampau dan dikecam oleh netizen, ada juga netizen mengkritik pakaian selebriti yang hadir pada malam ini. Sudah semestinya netizen ini bukanlah dari akademi fesyen dunia, namun kritikan mereka mengalahkan pereka fesyen terkenal.

Tudung Singkat

Seperti mana yang kita tahu, pelakon kanak-kanak Mia Sara mengambil keputusan bertudung seawal 11 tahun. Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan mendakwa kewajipan menutup aurat seperti yang dituntut dalam agama.

Namun pakaian yang dikenakan pada malam itu nampaknya telah dikritik oleh peminatnya di Instagram. Rata-rata netizen yang mendakwa tudung yang dikenakan oleh Mia agak singkat sehinggakan dia nampak mencolok mata. Apa lagi, memang laju lah netizen tarbiyah Mia untuk memperbaik cara pemakaiannya.

Maklumlah, di Malaysia, selain daripada terkenal dengan rakyatnya berbilang kaum, negara kita juga terkenal dengan ramainya Ustaz dan Ustazah express! Ada yang sindir Mia pakai baju ketak macam bukan orang Islam dan macam-macam lagi. Kesian juga pelakon cilik “Karipap Strawberi” ini.

Apa-apa pun Mia sendiri ada menjelaskan bahawa dia bukan sengaja mahu memakai tudung singkat, tapi kerana bunga di bahunya menyebabkan fesyen tudung jadi begitu.

Sebelum ini, Mia Sara pernah mencuba nasib dengan menjual tudung melalui Internet, selepas mengambil keputusan untuk bertudung sejak pulang dari umrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *