8 Aktiviti Yang Boleh Buat Anda Jatuh Cinta dengan Roadtrip ke Pulau Jeju

Posted on

Untuk makluman, Pulau Jeju telah pun diisytiharkan sebagai salah satu daripada 7 New Wonders of The World. Jeju cukup terkenal dengan keindahan pantainya, keenakan makanannya, pemandangannya yang memukau serta pelbagai tempat tarikan pelancong. Untuk makluman, Abang Nara dan wife pernah berbulan madu di pulau ini. Memang best. Nampak gaya lepas ini kami akan terbang kembali ke Pulau Jeju bersama Air Asia untuk mengimbau kembali kenangan lama.

Pemandangan Pulau Jeju dari atas. Superb kan?

Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama isteri atau suami tercinta sekiranya anda melancong ke Pulau Jeju. Berdasarkan pengalaman, Abang Nara rasa anda perlukan sekurang-kurangnya 5 hari untuk menerokai sepenuhnya keindahan dan suasana yang cukup romantik di pulau ini. Antara aktiviti-aktiviti best yang boleh dilakukan di Pulau Jeju ialah:-

1. Mendaki gunung Hallasan

Salah satu hobi orang Korea, tak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan ialah mendaki gunung atau dalam bahasa omputihnya “hiking”. Destinasi “hiking” yang paling popular di Pulau Pulau Jeju ialah gunung Hallasan. Ia adalah gunung tertinggi di Korea dan merupakan salah satu daripada Taman Negara Korea. Laluan “hiking” disediakan untuk memudahkan proses pendakian. Semasa mendaki Hallasan, anda tidak akan terasa penat kerana pemandangannya cukup memukau. Ia pasti akan menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang hayat.

2. Luangkan masa di Jeju Loveland

Sekiranya anda pergi berbulan madu/bercuti bersama pasangan anda, jangan lepaskan peluang untuk melawat Jeju Loveland yang amat popular di kalangan para pelancong. Taman tema ini amat unik dan menarik kerana ia mempamerkan patung-patung dalam keadaan erotik dan hanya untuk tatapan mereka yang berusia 18 tahun ke atas. Abang Nara berani jamin anda akan mengambil ratusan gambar dan bergelak ketawa melihat aksi patung-patung di Jeju Loveland ini. Memang “one of a kind”. Tiada di tempat lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *