7 Cara Hilangkan Kesan Kotoran & Bau Hancing Pada Tilam

Posted on

Jangan lupa untuk memeriksa bahagian bawah tilam untuk mengesan sama ada tompokan tersebut tembus pada bahagian tersebut. Ramai yang tidak perasan dan terlupa membersihkan bahagian bawah tilam – ia akan menyebabkan tilam kembali berbau hancing selepas beberapa hari.

7. SEMBURKAN PENYEGAR

Untuk menambah bauan segar pada tilam anda, bolehlah menambahkan 4-5 titisan pati minyak aromaterapi seperti lavender. Kalau tiada, gunakan penyegar bauan biasa seperti Febreze.

Sebenarnya, anda boleh juga menitiskan minyak ini ke dalam soda penaik yang akan ditaburkan pada tilam tersebut. Caranya, titiskan minyak aromaterapi tersebut ke dalam bekas berisi soda penaik. Goncangkan hingga sebati dan taburkan pada kesan tompokan air kencing. Biarkan selama 10 minit dan vakumkan hingga bersih.

Langkah ini juga boleh dilakukan untuk membuang bau hapak atau menyegarkan tilam anda, walaupun tidak terkena kencing.

ULANGI JIKA MASIH BERBAU

Sekarang, tilam anda akan kembali wangi dan segar. Jika ia masih berbau, anda boleh mengulangi langkah di atas sebanyak 1-2 kali lagi, terutamanya jika tilam tersebut tebal dan susah dikeringkan.

Langkah di atas juga boleh diaplikasikan kepada kesan kotoran atau tompokan air kencing yang telah kering.

*Nota: Melalui FiqhMedic.com, ada dijelaskan bahawa jika tilam terlalu besar dan berat, tidak wajib mengangkat tilam tersebut dan memerahnya. Ini sama dengan najis di atas tanah. Bahan-bahan pencuci yang disemburkan kepada tempat najis tersebut dan bahan itu berfungsi menukarkan najis kepada sejenis bahan yang baru dan hilang sifat-sifat najisnya.

Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a: “Sesungguhnya seorang arab badawi telah kencing dalam masjid, maka nabi s.a.w. memerintahkan agar dicurahkan sebekas air ke atas tempat kencingnya”

Menurut sumber tersebut juga, jika air kencing itu sudah kering dan puan bersentuh pakaian atau kulit pada bekasnya, maka itu tidak mengapa. Pakaian atau kulit yang bersentuhan itu tidak dianggap bernajis kerana ianya kering.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *