7 Cara Hilangkan Kesan Kotoran & Bau Hancing Pada Tilam

Posted on

Loading…

 

Kencing malam bukanlah sesuatu yang luarbiasa di kalangan anak-anak. Menurut sains, perkara ini berlaku kerana otak mereka tidak merespon kepada rangsangan yang menghantar isyarat untuk pergi ke tandas. Ia selalunya berlaku apabila mereka tidur dengan begitu lena (deep sleep) akibat terlalu letih. Mungkin juga ada masanya ibu bapa terlupa nak bawa anak ke tandas sebelum tidur.

Selain itu, terdapat juga beberapa keadaan yang memungkinkan perkara ini berlaku – contohnya apabila anak anda baru bertukar katil atau tilam.

Jadi, mahu tak mahu kita tentu akan melalui perkara ini apabila ada anak kecil. Maka, eloklah kalau kita tahu bagaimana cara bersihkan tilam yang paling berkesan, sekaligus menyahkan bau hancing yang agak sukar dihilangkan.

7 CARA BERSIHKAN TILAM YANG BERBAU HANCING & KESAN KOTORAN DEGIL

 

Berikut adalah cara bersihkan tilam yang terkena kencing dan menghilangkan baunya agar kembali segar.

1. BERTINDAK SECEPATNYA

Sebaik saja anda perasan bahawa anak anda terkencing pada tilam, seeloknya bertindaklah dengan segera!

Ini kerana, kita ingin menghalang air kencing tersebut daripada menyerap dengan cepat ke dalam lapisan tilam. Makin banyak ia menyerap, makin susahlah baunya dihilangkan.

Ada 2 perkara yang perlu anda lakukan dengan pantas:

Buka cadar dan alihkan segala bantal/selimut yang terkena kencing.
Ambil kain kering atau tisu dan serapkan sebanyak mungkin air kencing yang masih tinggal.

2. SABUN PENCUCI

Ambil sabun pencuci dan ratakan ke bahagian yang terkena kencing. Kemudian serapkan kembali menggunakan tuala kering. Tekan dengan kuat untuk menyerap lebih banyak lembapan.

Untuk kesan terbaik, gunakan sabun pencuci berasaskan enzim. Ia akan menguraikan asid urik yang menjadi punca kesan kotoran dan juga bau hancing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *